Photobucket

Kraf Perkhemahan | Shelter

Shelter, atau pun tempat berlindung sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Antara kepentingan shelter ialah boleh melindungi daripada serangga, hujan, angin, salji atau suhu sejuk. Selain itu, shelter juga boleh menjadi tempat berlindung diri dari bahaya musuh.

Jenis-jenis Shelter:


Phonco-Lean-To
Shelter jenis ini mudah dan cepat dibina. Ia diikat pada dua batang pokok. Shelter ini hanya tertutup pada satu bahagian sahaja. Pastikan shelter tidak menghala ke arah angin.



Phonco Tent
Shelter jenis ini juga mudah dibina. Ia diikat antara dua pokok. Shelter tertutup pada dua bahagian, iaitu kiri dan kanan.



One Man Shelter
Shelter ini mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiznya juga kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.