Pengenalan
NatGo Wild atau Nature Adventure Team Go Wild adalah sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan rekreasi luar. Ia telah ditubuhkan pada April 2011 di kalangan anggota yang berlatar belakangkan pelbagai pengalaman di dalam bidang rekreasi luar. Dianggotai oleh tiga anggota yang menjadi tulang belakang yang mempunyai minat dan azam yang tinggi dalam memartabatkan industri aktiviti-aktiviti rekreasi luar di dalam Negara. Natgo Wild berkonsepkan “Nikmati Pengembaraan Bersama Kami” yang bermaksud memastikan para peserta yang menjalani setiap program dapat menikmati dengan sepuasnya servis yang diberikan dan menikmati alam semula jadi yang dilalui dalam setiap perjalanan program.
Di dalam organisasi NatGo Wild, kami mempunyai barisan profesional dalam pelbagai bidang rekreasi luar yang berkebolehan untuk menawarkan perkhidmatan dalam perundingan, kejurulatihan, pengurusan program dan jurupandu arah. Objektif dan impian kami adalah untuk memenuhi kehendak dan mencapai kepuasan para pelanggan kami dengan maksima.
NatGo Wild mempunyai motivasi dan disiplin yang tinggi untuk memimpin dunia profesional rekreasi luar untuk sektor awam dan swasta. Kami adalah sebuah organisasi yang berdinamik, berkeyakinan dan berkeupayaan untuk memberikan komitmen yang tinggi terhadap para pelanggan. Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk memelihara kualiti dan sentiasa menambah baik servis-servis yang ditawarkan. Ini adalah untuk memastikan kejayaan di dalam setiap projek yang ditugaskan.
Rekreasi Luar
Kegiatan rekreasi luar adalah satu bentuk kegiatan yang sangat bermanfaat bagi semua peringkat samada para pelajar mahupun badan-badan kerajaan dan swasta. Program-program yang dirangka adalah bertujuan untuk memupuk sifat kerjasama dan disiplin dalam diri individu. Sifat seperti kepimpinan, keyakinan diri, keberanian, toleransi, ketahanan fizikal, mental dan rohani hendaklah tersemat dalam diri setiap individu.
Ini merupakan matlamat perdana program-program yang dirangka. Pelbagai bentuk aktiviti seperti ikhtiar hidup, trekking, pengurusan tali, orientering, mendaki gunung dan lain-lain disusun supaya para peserta dapat menonjolkan sifat kepimpinan dan bakat masing-masing dalam menepuh cabaran yang tersediakan dan yang disediakan.
Objektif
Setiap aktiviti dan program yang dirangka adalah bertujuan untuk:
- Memberi ilmu pengetahuan mengenai hutan, mengenali flora dan fauna serta berpengetahuan bagi menghargai alam sekitar.
- Membina semangat jati diri, kerjasama, keharmonian, mempertingkatkan disiplin, keyakinan diri dikalangan peserta dan sifat berani dalam setiap situasi.
- Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi intelek, rohani dan emosi.
- Membina semangat jati diri yang jitu dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi serta berdaya saing agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
- Menyokong usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kemahiran di dalam bentuk akademik mahupun ko-kurikulum.
- Membentuk dan membimbing masyarakat yang berjiwa kental dan mempunyai semangat yang tinggi untuk berjuang bagi memartabatkan maruah agama, bangsa dan Negara.
- Membentuk semangat muhibbah di antara peserta tidak mengira bangsa, warna kulit, budaya, agama dan kedudukan. Bak kata pepatah, “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.