Photobucket

Jenis-jenis Khemah

Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: 

Ridge Tent
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon (nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.



Dome Tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.



Frame Tent
Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas.



Bell Tent
Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis ‘dome’.

No comments:

Post a Comment