Photobucket

Kraf Perkhemahan | Shelter

Shelter, atau pun tempat berlindung sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Antara kepentingan shelter ialah boleh melindungi daripada serangga, hujan, angin, salji atau suhu sejuk. Selain itu, shelter juga boleh menjadi tempat berlindung diri dari bahaya musuh.

Jenis-jenis Shelter:


Phonco-Lean-To
Shelter jenis ini mudah dan cepat dibina. Ia diikat pada dua batang pokok. Shelter ini hanya tertutup pada satu bahagian sahaja. Pastikan shelter tidak menghala ke arah angin.



Phonco Tent
Shelter jenis ini juga mudah dibina. Ia diikat antara dua pokok. Shelter tertutup pada dua bahagian, iaitu kiri dan kanan.



One Man Shelter
Shelter ini mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiznya juga kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.

Jenis-jenis Khemah

Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: 

Ridge Tent
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon (nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.



Dome Tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.



Frame Tent
Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas.



Bell Tent
Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis ‘dome’.

Kraf Perkhemahan | Khemah

Salah satu alatan penting sewaktu menjalankan aktiviti rekreasi luar ialah khemah. Antara ciri-ciri tapak atau kawasan sesuatu khemah itu ialah:
  • Medapatkan kebenaran dan maklumat dari pihak yang berkaitan.
  • Terdapat kemudahan asas seperti bekalan air.
  • Merupakan sebuah kawasan lapang.
  • Tidak terlalu jauh dari sebuah perkampungan atau penduduk.

Langkah-langkah mendirikan khemah:
  • Menentukan terlebih dahulu arah cahaya matahari terbit dan terbenam.
  • Mestilah berlawanan dengan arah tiupan angin.
  • Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah rata, kawasan lapang, teduh dan selesa.
  • Elak dari mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah tumbang, berumput tebal dan dipenuhi lalang. Ini bagi mengelakkan dari serangga atau binatang berbisa.

Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu:
  • Ridge Tent
  • Frame Tent
  • Dome Tent
  • Bell Tent

Kraf Perkhemahan | Kraf Alatan

Kraf alatan merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam kraf perkhemahan di mana ia merupakan kemahiran menggunakan alatan semasa berada di luar atau di dalam hutan.

Kemahiran ini penting kerana dapat membantu dan memudahkan para peserta untuk melakukan aktiviti rekreasi luar ketika berada di dalam hutan.

Contoh jenis-jenis alatan adalah seperti: pisau, batu, kayu, buluh, besi dan lain-lain lagi.



Kraf Perkhemahan | Kraf Kayu

Dalam aktiviti perkhemahan, para peserta perlu mempelajari cara untuk membina kraf kayu atau dengan nama lain juga disebut sebagai ‘gajet’. 

Gajet penting dalam aktiviti rekreasi luar serta mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya ialah memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan dan menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan teratur.

Jenis-jenis kraf kayu:

Ampai Kain


Kerusi


Tempat Buang Sampah





Dapur
bowl stand

hook

mug caption

cook shelter


Meja dan Kerusi



Tangga


Katil