Photobucket

Kraf Perkhemahan | Kraf Tali

Kraf tali merupakan kemahiran asas yang berkaitan dengan ikatan dan simpulan tali. Ikatan tali ini perlu dipelajari oleh para peserta dan juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Dalam kraf tali, ia sangat penting untuk membuat ikatan pada pelbagai jenis kraf dalam aktiviti perkhemahan.

Antara jenis-jenis tali ialah:









Bersambung - Jenis-jenis Ikatan

Kraf Tali | Jenis Ikatan

Dalam kraf tali, terdapat beberapa jenis ikatan. Antaranya ialah:

Stopper Knots





Joiner Knots






Loop Knots



End Securing Knots





Lashing




Kraf Perkhemahan | Kraf Api

Api sangat penting kerana ia digunakan dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia juga digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu badan, memasak, keselesaan dan sebagainya. Tetapi jika api disalahgunakan, ia boleh merosakkan alam sekitar; tanah menjadi hitam, merosakkan dahan dan akar pokok.

Membuat unggun api

  1. Kaedah “fire triangle”- bentuk huruf A.
  2. Menggunakan tiga elemen iaitu: haba, angin, dan bahan bakar.
  3. Bentukkan huruf A menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf A menghala ke arah angin.
  4. Letakkan rabuk/ bahan mudah terbakar di dalam huruf A dan nyalakan api.
  5. Kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan bakar untuk menyalakan api. 

Contoh bahan mudah terbakar
  • Kertas tebal
  • Sarang telur
  • Surat khabar
  • Lilin
  • Dahan/ranting kayu
  1. Hunter’s fire
  2. Reflector fire
  3. Star fire
  4. Teepee fire
  5. Log cabin fire
  6. Council fire

Jenis-Jenis Kraf Api

Terdapat 6 jenis kraf api iaitu: 



Hunter’s Fire
Selain daripada menjadi bahan bakar, kayu-kayu ini juga berfungsi sebagai tungku untuk memasak kerana ia disusun rapat.



Reflector Fire
Fungsi utama api jenis ini ialah untuk menghalakan haba ke satu arah. Sebagai contoh, kita boleh menggunakannya untuk memanggang dan juga memanaskan badan.



Star Fire
Boleh menggunakan kayu yang pelbagai saiz dan panjang.



Teepee Fire
Paling sesuai dan mudah digunakan. Tetapi sukar untuk didirikan kerana perlu susun dan seimbangkan kayu.



Log cabin Fire
Senang dan mudah didirikan kerana ia sangat stabil. Apabila terbakar, api hanya membakar bahagian dalam.



Council Fire
Dikenali sebagai ‘api piramid'. Sangat stabil, mudah membakar dan senang dinyalakan.

Kraf Perkhemahan

Kraf perkhemahan merupakan pelajaran yang sangat penting sebelum para peserta memulakan aktiviti perkhemahan. Mengapa ianya penting? Ini kerana kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi. Pengetahuan ini penting dan digunakan apabila para peserta melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.

Rasional
  1. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semulajadi dan habitatnya.
  2. Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan mensyukuri ciptaannya.
  3. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati keindahan flora dan fauna yang terdapat di muka bumi.
Objektif
  1. Menggalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar.
  2. Memahami habitat dan alam semulajadi dan mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan.
  3. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya.
Jenis-jenis kraf perkhemahan:
  1. Fire craft
  2. Ropes craft
  3. Wood craft
  4. Tool craft
  5. Khemah
  6. Shelter (tempat berteduh)

Peraturan & Arahan Perkhemahan | Bhgn. 2

Keselamatan: “UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA”
  1. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak.
  2. Jika berlaku sebarang kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti dengan arahan / arah pergerakan.

PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.

Ketetapan dan Ketepatan Masa / Pergerakan Peserta
  1. Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan.
  2. Kelewatan akan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan / denda yang setimpal.
  3. Semua pergerakan dalam kawasan perkhemahan perlu dalam kumpulan minimum dua orang.
  4. Peserta dilarang merayau-raya tanpa tujuan yang sah di kawasan perkhemahan / seumpamanya.
  5. Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan selepas 12 tengah malam (0000H) sehingga 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang kecemasan atau diiringi oleh urusetia.

Pakaian

Semasa aktiviti dijalankan, para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai mengikut aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan.

Peraturan Kebersihan
  1. Kawasan luar / dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur.
  2. Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah.
  3. Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh AJK Kebersihan.
  4. Sampah hendaklah dibuang ditempat yang disediakan.
  5. Dilarang menebang, mencantas atau mematahkan sebarang pokok di kawasan perkhemahan atau sekitarnya.
  6. Tempat solat / ibadah hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun.
  7. Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan teratur sebelum solat bermula.
  8. Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk kegunaan ramai dan bersama
  9. Bagi kaum wanita: sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu dan tidak dibuang di kawasan perkhemahan (dibungkus dan dibawa pulang).

Peraturan & Arahan Perkhemahan | Bhgn. 1

Arahan Umum


  1. Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang perkhemahan.
  2. Arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan.
  3. Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/tamat perkhemahan.
  4. Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau Pegawai Perubatan yang bertugas.
  5. Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan dari pihak urusetia.
  6. Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. Bagi peserta bukan Islam, dibolehkan melakukan ibadah mengikut amalan keagamaan masing-masing.
  7. Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan.
  8. Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan.
  9. Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim di sepanjang program.
“LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA”


Komunikasi / Alat Komunikasi
  1. Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar diputuskan.
  2. Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya dibenarkan selepas mengisi borang yang disediakan.

PERHATIAN: Peserta tidak dibenarkan membawa telefon bimbit semasa program.