Arahan Umum
- Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang perkhemahan.
- Arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan.
- Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/tamat perkhemahan.
- Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau Pegawai Perubatan yang bertugas.
- Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan dari pihak urusetia.
- Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. Bagi peserta bukan Islam, dibolehkan melakukan ibadah mengikut amalan keagamaan masing-masing.
- Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan.
- Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan.
- Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim di sepanjang program.
“LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA”
Komunikasi / Alat Komunikasi
- Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar diputuskan.
- Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya dibenarkan selepas mengisi borang yang disediakan.
PERHATIAN: Peserta tidak dibenarkan membawa telefon bimbit semasa program.
No comments:
Post a Comment