Photobucket

Perkhidmatan yang Ditawarkan

Selain menawarkan pelbagai aktiviti dan program asas kemahiran rekreasi luar, pihak kami juga ada menawarkan perkhidmatan lain. Antaranya ialah:

Penginapan
Kami menawarkan khidmat sewaan khemah.


Pengangkutan
Pengangkutan disediakan sekiranya perkhidmatan kami diperlukan. Harga pengangkutan adalah berasingan dari kos setiap pakej dan bergantung kepada jenis kenderaan dan kapasiti penumpang.

Makan Minum
Penyediaan makanan dan minuman sepanjang program berlangsung bergantung kepada permintaan pelanggan. Pemilihan menu beserta harga akan diberikan jika perkhidmatan ini diperlukan. Peralatan makan dan minum seperti mestin/pinggan dan cawan hendaklah disediakan oleh para peserta sendiri.

Baju/T-shirt Rasmi Program
Baju atau t-shirt rasmi program boleh ditempah melalui penganjur dengan harga RM30. Jenis t-shirt ialah dry fit tanpa kolar. Rekaan t-shirt akan dibentangkan kepada peserta sebelum tempahan dibuat. Deposit sejumlah RM15 diperlukan selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarik program berlangsung. Bayaran penuh boleh dibuat selepas tamat program.


Tentatif  Program
Tentatif program disusun setelah program yang disenarai pendek oleh pihak pengurusan peserta. Sekiranya pihak pengurusan peserta menyerahkan tugas tersebut kepada NatGo Wild, pembentangan jadual program akan dibuat untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan peserta. Kami juga menerima tentatif yang disusun oleh pelanggan.

No comments:

Post a Comment