Photobucket

Peraturan & Arahan Perkhemahan | Bhgn. 2

Keselamatan: “UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA”
  1. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak.
  2. Jika berlaku sebarang kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti dengan arahan / arah pergerakan.

PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.

Ketetapan dan Ketepatan Masa / Pergerakan Peserta
  1. Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan.
  2. Kelewatan akan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan / denda yang setimpal.
  3. Semua pergerakan dalam kawasan perkhemahan perlu dalam kumpulan minimum dua orang.
  4. Peserta dilarang merayau-raya tanpa tujuan yang sah di kawasan perkhemahan / seumpamanya.
  5. Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan selepas 12 tengah malam (0000H) sehingga 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang kecemasan atau diiringi oleh urusetia.

Pakaian

Semasa aktiviti dijalankan, para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai mengikut aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan.

Peraturan Kebersihan
  1. Kawasan luar / dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur.
  2. Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah.
  3. Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh AJK Kebersihan.
  4. Sampah hendaklah dibuang ditempat yang disediakan.
  5. Dilarang menebang, mencantas atau mematahkan sebarang pokok di kawasan perkhemahan atau sekitarnya.
  6. Tempat solat / ibadah hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun.
  7. Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan teratur sebelum solat bermula.
  8. Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk kegunaan ramai dan bersama
  9. Bagi kaum wanita: sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu dan tidak dibuang di kawasan perkhemahan (dibungkus dan dibawa pulang).

No comments:

Post a Comment