Photobucket

Kraf Perkhemahan

Kraf perkhemahan merupakan pelajaran yang sangat penting sebelum para peserta memulakan aktiviti perkhemahan. Mengapa ianya penting? Ini kerana kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi. Pengetahuan ini penting dan digunakan apabila para peserta melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.

Rasional
  1. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semulajadi dan habitatnya.
  2. Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan mensyukuri ciptaannya.
  3. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati keindahan flora dan fauna yang terdapat di muka bumi.
Objektif
  1. Menggalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar.
  2. Memahami habitat dan alam semulajadi dan mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan.
  3. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya.
Jenis-jenis kraf perkhemahan:
  1. Fire craft
  2. Ropes craft
  3. Wood craft
  4. Tool craft
  5. Khemah
  6. Shelter (tempat berteduh)

No comments:

Post a Comment