Photobucket

Nikmatilah Pengembaraan Bersama Kami!

Natgo Wild berkonsepkan “Nikmati Pengembaraan Bersama Kami” yang bermaksud kami akan memastikan para peserta yang menjalani setiap program dan aktiviti dapat menikmati dengan sepuasnya servis yang diberikan serta dapat menikmati alam semula jadi yang dilalui dalam setiap perjalanan program.

Sebelum menyertai kami, bakal peserta hendaklah terlebih dahulu melengkapkan borang penyertaan seperti yang dilampirkan di bawah ini beserta dengan bayaran sekali.

Borang penyertaan Asas Kemahiran Rekreasi Luar
Pembayaran Yuran Penyertaan

Pembayaran deposit sebanyak 50% dari jumlah penyertaan selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh program berlangsung. Pembayaran penuh boleh dibuat selepas tamat program. Invois dan resit untuk deposit dan bayaran penuh akan dikeluarkan.

Tentatif  Program

Tentatif program disusun setelah program yang disenarai pendek oleh pihak pengurusan peserta. Sekiranya pihak pengurusan peserta menyerahkan tugas tersebut kepada NatGo Wild, pembentangan jadual program akan dibuat untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan peserta. Kami juga menerima tentatif yang disusun oleh pelanggan.

Peralatan yang Perlu Dibawa
  • Pakaian sendiri
  • Seluar dan t-shirt secukupnya
  • Pakaian riadah dan sukan termasuk kasut yang bersesuaian
  • Pakaian ibadah
  • Peralatan peribadi
  • Ubatan peribadi

No comments:

Post a Comment